BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Butterfly Clip Art

Thursday 6 December 2012

Apa yang harus perempuan2 Buat Sementara Nak Tunggu Lelaki Datang Melamar kita ?
That’s good topic … wah. :) tak sabar nak melalut.. jom..sebelum tu korang2 see the cute pica ni.. heheh..comel sgt!!sgt!! .. “Awesome” arggg~



Humm~ ni la skarang da cuti....so xde pape nak buat.boring jadi fikir2 baik sy google something yang menarik..n sy plih topic about “THIS” hee~ nmpak gedik gatal op… tapi.. warever.. ape org nk ckp…lalalalalalala….Ramai kan anak2 gadis (myself included) >.<’ … duk duk goyang kaki duk menunggu lelaki2 jejaka2 masuk minang (“VERY itchy”) than tak melakukan perkara2 yang bermanfaat and buang masa seperti membaca novel cinta, berkhayal dan berhibur siang dan malam. Sepatutnya sementara belum ada lelaki masuk meminang waktu itu amat penting untuk digunakan bagi mempersiapkan diri menjadi isteri dan ibu…woaaawwwhhh~soo “attractive” ahakkksss~

**tapi tak salah kot..hummm…Persiapan yang penting dan perlu semestinya :

ü  Tuntut ilmu tentang kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran2 yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah.
ü  Jaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai perempuan mengadu sukar bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukannya… (jangan salah lihat masalah yang kita hadapi)
ü  Dan ni yang paling penting…. Sentiasa “ tingkatkan amalan ibadah dan taqwa “ sebagai kekuatan jiwa dan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak.

Kata Nabi SAW, ’ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ ’ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai orang sehinggalah kehilangannya iaitu kesihatan dan 
waktu lapang. [riwayat al-Bukhari]

Hanya untuk baca2… wehwwwwyyyyy~

-semuanya milik Allah-
Di zaman moden ni.. pasti semua orang xpeka jnis2 sihir yang ada kan?tp ada segelintir tahu apa itu “Sihir pelalau” … nak2 nenek kita yang dulu2 mak ayah kita yang da banyak pengalaman tahu tentang sihir ni iaitu satu sihir punca jodoh berat.. nauzubillah …  minta jauh dari semua tu.. adala saya terbaca bnyak article tentang sihir ni..contoh yang bole saya ambil adalah dari seorang akhwat ni, yang menjelaskan masalah diri dia yang susah sangat mencari jodoh dan banyak kali terhalang ,pelbagai usaha yang dilakukan ,namun berakhir ditengah jalan…
Pernah tak kita2 terfikir sama ada situasi "berat jodoh" yang di hadapi ini ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?pakar sebuah Pusat Rawatan Islam mengatakan kes sebegini kerap berlaku kepada golongan perempuan yang belum berkahwin dimana Jin Lelaki (gelaran Jin Asyik) jatuh cinta dengan manusia yakni perempuan yang mempunyai wajah yang cantik,serta ada potensi untuk dirasuk… gatal betul jin Asyik ni kan? Ehhehehe.. :D jatuh cinta dengan kita…. Sedangkan “jin” tu asalnye dri dunia ghaib…

Ha….. ni antara tanda-tanda gangguan “Jin Asyik” dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah yang saya tgok hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam. Kalau banyak YES dari NO..tu tandanya korang sedang hadapi gangguan jin Asyik iaitu “Jin jatuh cinta pada MANUSIA” atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah(SIHIR PEMISAH) .. >.< takottttttt ~

ü  fikiran selalu runsing
ü  sakit-sakit di belakang bahagian bawah
ü  badan lesu, selalu letih
ü  sakit perut selalu
ü  sakit kulit
ü  rasa ada seseorang tidur di sebelah
ü  terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
ü  suka menyendiri, pendiam
ü  selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
ü  selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
ü  orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
ü  orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
ü  selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
ü  selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
ü  imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
ü  bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
ü  selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / - kena bunuh / mimpi kawen
ü  selalu kena period pain
ü  ada migrain yg kronik
ü  sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
ü  halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
ü  selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi


“ Sihir pelalau” (penghalang jodoh) dengan “Jin Asyik” adalah dua gangguan yang berbeza. Gangguan “Jin asyik” datang dalam keadaan sedar dan nyata (bukan dalam mimpi) tapi tidak melihatkan dirinya, semua perbuatannya boleh dirasa dengan nyata.Jin sihir” (penghalang jodoh) selalunya duduk dalam badan mangsa. Tanda mimpi yang selalu berlaku bagi sihir penghalang jodoh ialah mimpi menakutkan jatuh dari tempat tinggi, atau lain lain mimpi yang menakutkan dan akan terjaga selepas bermimpi tengah malam.

Putus tunang beberapa kali tanpa sebab-sebab yang menasabah, perhubungan yang baru terjalin akan putus tanpa sebab,  tanpa alasan datangnya perasaan benci kalau ada orang yang berminat, pandangan mata mangsa dan orang lain telah disihir tidak melihat rupa diri yang sebenarnya………. Nauzubillah… kalau perkara ni terjadi ianya harus segera dirawat dengan rawatan Al-Quran, JANGAN!!! jumpa rawatan tradisi yang tidak mengamal Al Quran.....
ü  Sediakan CD alQuran
ü  pasang dan dengar dengan penuh perhatian sambil pejamkan mata (guna headphone dengan volume yg kuat) - surah surah Yasin, As Sofat, Ad Dukhan dan Al Jin atau lain2 surah yang banyak menceritakan azab siksa neraka. 



Biasanya gangguan akn cuba nak halang kita dari mendengarkn Al-Quran dalam pelbagai cara tau……. Dengar quran dalam jangka masa yang panjang sikit kalau perlu diulang ulang dengar. Kalau baca sendiri lebih diutamakan!!!  Tu lagi elok… :) :)


“Semua orang inginkan jodoh yang baik….”
Kunfayakun…  :)






Saturday 29 September 2012

selalu la check hati kita...



"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang betol apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan itu dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama... :) 
Saya percaya, aturan Allah adalah yang terbaik. Saat kita sangkakan hidup ini pasti lebih mudah andai kita mampu menjangkau segala isi rahsia yang telah tertulis di loh mahfuz ... hati manusia, kisah kasih kita, rezeki dan segalanya, sedarlah bahawa hidup ini lebih bermakna kerana misterinya.



(^_^)"...............................................................



Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti tidak ape yang diharapkan?

Temanku…, sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi ini kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?malah ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu…. Terdapat kesilapn disitu….

Temanku…, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.

Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan kita. Sunnah menjadi ikutankita. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan kita dan Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. subhanaAllah!! Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik..

Temanku.., berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha,bertawakal dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha itu. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bukan kerana DIA ingin menyeksa kita.. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.

Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah wahai teman tidak sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang… subhanaAllah.. :’)

Demikianlah pilihan Allah...bertapa besar ujiannNya pada kita..namun ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikiran kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu pasti benar…. Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari dan terus mencari... Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah…..

Tepuk dada tanya fikiran!tanya iman! Tanya hati ya Nurani…ya rabbi…. kerana apa kita cintakan seseorang itu?? Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Janganlah memuji kaum hawa/Adam itu atas kecantikannya atas ketampanannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah… Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya..

Wah~ da letih berceloteh…InsyaAllah para temanku yang membaca celoteh ini saya doakan supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak…. Aminn~ J J


Monday 24 September 2012

memory last batch.. :')


budaq kelas y senget... grr~ 
y so seriouss... CHILL OKEHYP UOALLS!!




  

why evrybody so serious???  mok alang senyum semewekkkkk.... :)



disebalik ketawa



~ seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

 ~seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~ seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

~seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Sunday 23 September 2012

menghapus perasaan malas beribadat di bumi Allah




Futur adalah suatu penyakit yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslmi. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktiviti dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.
Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.
Antara bentuk futur adalah rasa malas beribadah dan kadang-kadang boleh meninggalkannya sama sekali. Sikap lemah itu timbul akibat renggangnya hubungan seorang hamba dengan Penciptanya.





Cara menghadapi futur dalam diri.
1- Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82)
Ada dua perkara yang dianjurkan Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan daripada kekerasan hati.
Pertama, bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan di akhirat.
Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al-Quran, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.
2-Merasakan keagungan Allah.
Antara ungkapan indah Ibnul Qayyim ketika menyifatkan keagungan Allah Yang Maha Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi dan antara kedua-duanya, di lautan dan daratan. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.
“Pendengaran-Nya mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Bahkan, Dia dapat mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan bahasa. Pendengaran-Nya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai keperluan.
“Penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu yang nampak, sehingga Dia mampu melihat langkah kaki semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang pada tengah malam gelap-gelita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya.”
Firman Allah bermaksud: “Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (Surah ar-Rahman, ayat 29).
3- Mendalami ilmu syariat.
Maksudnya adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9).
4-Mencari persekitaran dan sahabat soleh.
Keadaan seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan kesalahan.
Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati.
5-Memperbanyakkan kerja amal.
Kerja amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kerja kebaikan dan apa saja amal soleh, jiwa pasti puas dan penuh kedamaiannya.
6-Tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)
Takut kepada kematian dalam dosa atau sesat akan mendorong seorang Muslim untuk taat dan memperbaharui iman.
7-Banyak mengingati mati.
Mengingati mati juga akan membenteng seseorang daripada derhaka kepada Allah. Hati keras berubah menjadi lembut. Tidaklah seseorang itu mengingati mati ketika dilanda kehidupan yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.
Antara cara mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah bersabda: “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Hadis riwayat Hakim)
8-Kepatuhan dan berlepas diri
Saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta berlepas diri daripada orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, apabila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah, maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.
9-Muhasabah jiwa ketika datang kelemahan
Menurut Ibnu al-Qayyim, hati memiliki dua sikap iaitu menerima dan menolak. Manfaatkan dua keadaan itu, sama ada ketika cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkan amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam.
Pada waktu hati sedang menolak (futur), ikatnya dengan melakukan amal wajib saja Rasulullah ditanya seorang sahabat : “Wahai Rasulullah, apa pendapat anda apabila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?” Baginda menjawab: “Peliharalah keburukanmu daripada manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu.” Maksudnya jangan menunjukkan keburukan kita di depan manusia lain.
10-Menelaah kisah teladan salafussoleh.
Sikap dan teladan salafussoleh, termasuk ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan mereka sebagai contoh.


                                 

Tuesday 18 September 2012

Tutorial Bina Blog: Freebies Muslimah

Tutorial Bina Blog: Freebies Muslimah: Slm semua..update terbaru dari jombinabelog, freebies muslimah yang tak berapa comel untuk korang, ambik la, free tak kena apa-apa charge pu...